KUANTAN – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pesisir Pantai Teluk Chempedak ketika beriadah bersama dua lagi rakannya, hari ini.
Bagaimanapun, dua rakan mangsa itu selamat dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang.
Katanya, sepasukan enam anggota, seorang pegawai bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan pencarian dibuat di sekitar pantai, namun mangsa belum dijumpai.
“Komander operasi lapor mohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan pasukan telah diarahkan ke lokasi kejadian,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE