fbpx

Pujukan anggota bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang diselamatkan ketika cuba terjun dari atas bangunan tiga tingkat sebuah pusat beli-belah di Bintulu, hari ini.

BINTULU – Pujukan pasukan bomba berjaya menenangkan seorang wanita yang cuba membunuh diri di sebuah pusat beli belah di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 1.25 petang tadi dan pihaknya segera menggerakkan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta empat anggota polis dan tiga anggota Rela ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati seorang wanita berada di atas bangunan tiga tingkat sebuah pusat beli-belah, dengan kedudukan kaki menghala ke luar bangunan (bersedia terjun).

“Pasukan penyelamat kemudian cuba memujuk mangsa dan kira-kira 27 minit kemudian, wanita itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya setelah berjaya ditenangkan, wanita berusia 44 tahun itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI