fbpx

Penduduk Filipina gempar gangguan hantu manananggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi hantu manananggal yang ditakuti penduduk di Filipina. - Scary Matter

MANILA  – Polis Bandar Talisay di Filipina menggesa penduduk tempatan bertenang dan berhenti menyebarkan maklumat salah susulan beberapa  laporan ada yang melihat makhluk mitos bernama Manananggal, lapor portal berita Cebu Daily News.

Bagaimanapun, polis terus menyiasat dakwaan kemunculan manananggal di Sitio Mangga seperti yang didakwa beberapa penduduk di kawasan itu.

Pada 9 Februari lalu, beberapa penduduk mendakwa makhluk mitos itu terdapat di kampung mereka dan didakwa dilihat oleh segelintir penduduk yang tinggal di sana.

Sementara menunggu siasatan selesai, Leftenan Kolonel Polis Randy Caballes selaku ketua Balai Polis Kota Talisay meminta orang ramai bekerjasama dan bertenang setelah mendengar cerita tersebut.

Beliau menggalakkan semua orang untuk mengelak daripada menyebarkan laporan yang tidak disahkan mengenai kehadiran manananggal kerana ini boleh menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, menurut laman berita Indy100, terdapat cerita rakyat Filippina yang menggambarkan makhluk itu kelihatan seperti kelawar dan ahli sihir dan boleh memisahkan bahagian atas dan bawah badannya.

Mitos itu menambah, makhluk itu mengembangkan sayap dan keluar pada waktu malam untuk mencari wanita hamil dan anak dalam kandungan sebagai makanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI