fbpx

Pembangkang perlu mohon peruntukan pada Ketua Whip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak menerima peruntukan perlu membuat permohonan melalui Ketua Whip masing-masing untuk dipertimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ahli berkata, kerajaan ketika ini sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan peruntukan seiring kedudukan kewangan negara yang semakin baik.

“Sebenarnya peruntukan kepada ahli Parlimen adalah berbeza kadarnya mengikut pentadbiran (kerajaan), ada pentadbiran yang hanya berikan peruntukan RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang.

“Ada pentadbiran langsung tidak berikan walau satu sen kepada ahli Parlimen pembangkang, ada pentadbiran yang beri peruntukan tetapi perlu tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dulu. Yang tidak tandatangan, tidak dapat peruntukan.

“Namun asasnya kerajaan hari ini sentiasa mempertimbangkan permohonan tetapi ia melihat di peringkat awal untuk memastikan pengurusan dan perancangan fiskal kewangan negara diberikan penekanan utama,” katanya pada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein (PBM-Julau) sama ada kajian dibuat untuk memberikan peruntukan sama rata atau jumlah bersesuaian untuk pembangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI