fbpx

Pemandu bas kilang dicekup, rampas heroin RM4.05 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala (dua kiri) menunjukkan ketulan mampat heroin yang dirampas polis. - Foto oleh FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kegiatan pengedaran heroin dilakukan tiga lelaki termasuk pemandu bas kilang sejak empat bulan lalu tumpas dalam serbuan di sekitar Klang dan Kedah, baru-baru ini.

Dalam serbuan bermula pukul 3.30 petang pada 15 Februari lalu itu menahan kesemua suspek berusia 37 hingga 53 tahun.

Turut dirampas adalah 46.77 kilogram ketulan mampat heroin bernilai RM4.05 juta selain menyita sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza bernilai RM55,000.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kejayaan itu hasil risikan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan terlebih dahulu menahan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Mercedes Benz di Klang.

Katanya, suspek dikatakan dalam perjalanan menghantar bekalan dadah itu kepada para pelanggannya.

“Hasil, polis merampas 10 ketulan mampat heroin yang diletakkan dalam satu plastik hitam.

“Soal siasat seterusnya membawa penahanan rakan sejenayahnya yang kemudiannya memandu arah ke sebuah rumah di Jalan Kapar dan merampas satu bungkusan berisi 113 ketulan mampat dadah yang sama,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ketulan mampat heroin yang dirampas polis daripada tiga pengedar. – Foto oleh FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/ KOSMO!

Beliau menjelaskan, suspek terakhir pula ditahan di sebuah rumah di kawasan Kupang, Kedah dengan aktiviti pengedaran ini telah dilakukan sejak November tahun lalu.

Tambah Sasikala, hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah penipuan dan dadah.

“Kita percaya dadah seberat 46.77 kg itu diperoleh dari negara jiran dan untuk pasaran tempatan. Kesemua dadah itu boleh dibekalkan kepada 2.51juta penagih sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.2gram,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI