fbpx

Mahkamah: Siti Bainun lantik balik peguam lama kendali bicara bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun.

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu bahawa dia melantik semula salah seorang peguam yang pernah menarik diri dalam bicara bela dirinya atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella.

Semasa prosiding hari ini, Siti Bainun memaklumkan peguam itu ialah Mohammad Farhan Maaruf yang mana peguam itu pernah mewakilinya semasa perbicaraan peringkat pendakwaan.

“Saya mengesahkan melantik peguam Mohammad Farhan sebagai peguam (kendali kes) manakala baki empat lagi peguam tidak,” kata Siti Bainun.

Dalam pada itu, Mohammad Farhan turut mengesahkan beliau dilantik semula oleh Siti Bainun untuk mengendalikan kes bicara bela diri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi masih berjalan.

Sebelum ini pada 17 Januari lalu Kosmo! melaporkan Siti Bainun sebak apabila lima peguam yang mewakili kesnya menarik diri.

Mereka ialah Mohammad Farhan,
Nur ‘Aminahtul Mardiah Md. Nor, Nur Ellena Mohamed Razif, Asiah Abd. Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan.

Sebelum ini Siti Bainun dalam keterangan bicara bela diri tanpa peguam dalam keterangannya memberitahu disebabkan video tular Bella, dia telah dikecam dan diugut bunuh sehingga hari ini.

Selain dikecam dan diugut, dia juga telah hilang pekerjaan selain perniagaan makanan yang diusahakan turut dipulau.

Siti Bainun juga berkata kesan gigitan pada Bella adalah berpunca dari pergaduhan antara Bella dengan seorang bekas penghuni Rumah Bonda yang dikenali sebagai Balqis.

Menurutnya, pertelingkahan dan kejadian gigitan itu berlaku selepas Bella dikatakan memakai pencuci muka milik Balqis.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI