fbpx

Mahkamah: Pengemis dipenjara tujuh tahun rompak lelaki asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fairuz (tengah) dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana merompak lelaki Myanmar di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan seorang pengemis merompak seorang lelaki warga Myanmar dua tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan demikian selepas tertuduh, Mohd. Fairuz Embong, 41, didapati bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Tertuduh didakwa merompak wang tunai RM518, kad pengeluaran bank (ATM) dan kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) milik mangsa berusia 44 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus pada pukul 6.20 petang, 11 Mei 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din. Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan pada 14 Mei 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI