fbpx

Lebih 1,400 pesawah asnaf terima sumbangan kotak makanan Bernas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Solhi (kanan) menziarahi salah seorang penerima sumbangan kotak makanan dalam program Menjejak Asnaf Bernas di Simpang Empat, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Keceriaan jelas terpancar pada wajah pesawah daripada golongan asnaf di sekitar Simpang Empat Kangkong di sini hari ini tatkala menerima kunjungan wakil Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Usaha menyantuni kira-kira 30 pesawah itu merupakan satu inisiatif khas Bernas iaitu Menjejak Asnaf menerusi sumbangan kotak makanan mengandungi barang makanan seperti beras, susu, gula dan minyak masak.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Bekalan dan Skim, Mohamad Solhi Mohd. Salleh, sebanyak 1,455 pesawah di seluruh negara terpilih menerima sumbangan tersebut termasuk 200 orang di Kedah.

“Berpegang kepada asas perkongsian rezeki dan bertepatan dengan pengertian pemberian zakat, para pesawah asnaf dikenal pasti untuk menerima sumbangan kotak makanan keperluan harian.

“Dengan cabaran kos dan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat, bantuan seumpama ini diberikan dengan harapan untuk sedikit sebanyak meringankan bebanan golongan pesawah yang terkesan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga pesawah di di sekitar Simpang Empat dan Kuala Kangkong di sini, hari ini.

Menurut beliau, program berkenaan juga merupakan yang pertama kali diadakan Bernas untuk meringankan beban keluarga terlibat.

“Kotak makanan ini akan diagihkan sebelum Ramadan bulan depan. Selepas di Kedah kita juga akan ke Pantai Timur, Selangor dan Perak untuk membuat agihan. Sejumlah RM127,000 diperuntukkan untuk program ini pada tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI