fbpx

KPWKM usulkan lagi penubuhan Jabatan Kanak-kanak Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika mengadakan lawatan kerja di di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sekali lagi akan mengemukakan usul untuk menubuhkan Jabatan Kanak-kanak sebelum pembentangan Bajet 2023 bermula, Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, sebelum ini beliau pernah pernah mengemukakan secara prinsip tetapi bukannya secara rasmi kepada barisan kabinet.

“Saya baru berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas dan memohon untuk benarkan saya bawa usul tersebut ke barisan kabinet.

“Sebab hari itu mereka (barisan kabinet) berkata apa yang saya minta itu terlalu besar. Jadi saya berunding dengan Perdana Menteri, kalau tidak dapat beri jumlah itu pun tidak mengapa asalkan ada penambahan belanjawan.

“Bayangkan sekarang ini, di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), seorang pegawai memegang tujuh peranan dimana ia akan membebankan mereka,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di CIC, disini, hari ini.

Terdahulu Nancy diberi taklimat mengenai fungsi dan operasi Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Sepanjang lawatan tersebut, Nancy mendapati peralatan yang digunakan oleh pegawai-pegawai di CIC seperti komputer perlu ditambah baik untuk memastikan kelancaran proses pengambilan maklumat.

“Orang awam tidak mengetahui bagaimana lama proses pengambilan keterangan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai di CIC khususnya kanak-kanak yang berkeperluan khas. Jadi dengan hubungan strategik antara KPWKM dan PDRM, kita dapat membantu mereka yang berada di bawah sasaran untuk kita tangani dengan teratur dan baik,” katanya.

CIC diwujudkan sejak 2002 sebagai pusat di bawah kendalian D11 PDRM bagi mengambil keterangan kanak-kanak yang menjadi mangsa kes jenayah seperti rogol dan penderaan.

Sebanyak 14 cawangan CIC telah dibuka di setiap Ibu Pejabat Kontinjen seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak dan bakal ditambah lagi pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI