fbpx

Kediaman serba mewah Cristiano Ronaldo di Riyadh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo menikmati kehidupan serba mewah di Arab Saudi. – New York Post

RIYADH – Gambar ruang dalaman serba mewah hotel penginapan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo di Arab Saudi didedahkan dengan harga sewaan suite itu dikatakan berjumlah AS$300,000 (RM1.3 juta) untuk sebulan, lapor akhbar New York Post semalam.

Terletak di Kingdom Tower, Riyadh yang merupakan satu daripada bangunan tertinggi di Arab Saudi, Ronaldo menetap di Hotel Four Seasons itu selama sebulan.

Dia menetap di satu daripada 17 suite yang turut dihuni oleh pasukannya termasuk pasukan keselamatan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Suite mewah dikenali sebagai Kingdom Suite itu merangkumi kawasan seluas hampir 371.6 meter persegi dan terletak di tingkat 48 hingga 50.

Dengan menawarkan pemandangan pusat bandar Riyadh, kediaman itu menawarkan seni bina moden, sebuah bilik persalinan besar serta ruang makan dengan pantri.

Penginapan hotel yang ditaja oleh kelab Arab Saudi, Al Nassr itu turut menyediakan cef peribadi sepanjang Ronaldo menetap di situ.

Kakitangan hotel dilaporkan tidak dibenarkan meminta untuk merakam gambar swafoto bersama bekas pemain Manchester United itu namun, Ronaldo dikatakan bersikap mesra kepada semua tetamunya.

Dia juga sering mengucapkan terima kasih kepada pekerja hotel ketika masuk dan keluar dari premis itu, lapor portal berita MailOnline berdasarkan pemerhatian mereka.

Selepas mendaftar keluar dari hotel itu pada hujung bulan ini, Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez serta lima anak mereka telah mengenal pasti sebuah kediaman tetap sepanjang mereka berada di Arab Saudi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI