fbpx

Kanak-kanak lelaki maut, 12 cedera kemalangan lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki di kilometer 57.2 Lebuhraya Senai Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak maut manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, Bandar Penawar semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata ketika kejadian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu difahamkan menaiki Proton Pesona bersama ibu bapanya.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.01 petang sebelum menghantar dua buah jentera dari BBP Penawar dan BBP Pasir Gudang dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 orang anggota ke tempat kejadian.

“Kemalangan jalanraya itu melibatkan lima buah kenderaan, Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight yang melibatkan 13 orang mangsa.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Proton Pesona, manakala mangsa yang lain telah keluar sendiri. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan stretcher dan gergaji bulat.

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM dan mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Menurutnya, kemalangan tersebut disyaki berpunca akibat daripada memotong kenderaan tidak lepas.

“Akibatnya berlaku perlanggaran antara kenderaan yang lain dari arah bertentangan. Seorang mangsa kanak-kanak lelaki telah maut dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat manakala mangsa cedera turut menerima rawatan, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI