fbpx

JPN P. Pinang usaha pulih sahsiah pelajar terlibat vandalisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid meneliti kad pengenalan calon SPM di SMK Jawi, Nibong Tebal hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berazam untuk memulihkan sahsiah sekumpulan pelajar yang terbabit dalam aktiviti vandalisme di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Seberang Perai Selatan di sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

“Sememangnya kita kesal atas kejadian yang berlaku malah perjumpaan bersama pelajar serta waris terlibat sudah diadakan dan segala tindakan susulan akan diambil berdasarkan pekeliling yang ada.

“Kami percaya ada sebab tertentu mereka berbuat begitu dan kita berazam untuk memulihkan balik keadaan supaya anak-anak ini sedar dan faham apa yang mereka buat,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi di Nibong Tebal hari ini.

Tangkap layar tindakan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah di sebuah sekolah di Seberang Perai Selatan.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan perbuatan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah antaranya kerusi, kipas dan pintu tandas.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid memaklumkan seramai 19,501 pelajar di negeri ini menduduki SPM yang bermula hari ini hingga 15 Mac depan.

“SPM kali ini dijalankan di 147 pusat peperiksaan manakala 2,312 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar. Selain itu, seorang calon terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sungai Bakap (HSB) kerana masih dalam rawatan akibat Covid-19,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI