fbpx

Isu penyelewengan wang zakat MAINS : Polis lengkapkan kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dzaffir.

SEREMBAN – Pihak polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kertas siasatan itu sedang dilengkapkan untuk dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu (dakwaan penyelewengan wang zakat MAINS) masih dalam siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah. Namun, saya tidak boleh dedahkan jumlah individu yang telah diambil keterangan kerana ia masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, masyarakat dimimta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

Pada 8 Februari lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Kemudian suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hasil siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Mains Zakat Sdn. Bhd. pada 2019 telah selesai dan tidak menemukan sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, siasatan kes tersebut dibuka di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim turut mengesahkan kes dakwaan penyelewengan wang zakat yang dikaitkan dengan MAINS dikaji semula untuk melihat keterangan yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI