fbpx

Halimah nafi kait Menu Rahmah dengan kanser, autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali menafikan telah mengaitkan inisiatif Menu Rahmah dengan penyakit kanser.

Beliau juga meminta orang ramai yang mengecamnya untuk merujuk rekod rasmi Parlimen (hansard) bagi membuktikan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Tengok hansard, saya tak ada pun kata Menu Rahmah menyebabkan kanser,” katanya ketika di Dewan Rakyat, hari ini.

Halimah berkata demikian ketika Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mula mengecamnya berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyuarakan kebimbangan terhadap Menu Rahmah yang dikatakan berkualiti rendah.

Halimah sebelum ini didakwa mengatakan makanan di dalam Menu Rahmah boleh menyebabkan risiko penyakit seperti kanser dan autisme.

Isu Menu Rahmah disebut ketika perbahasan titah di Dewan Rakyat hari ini apabila Awang Hashim (PN-Pendang) dan Azman Nasarudin (PN-Padang Serai) mempersoalkan kemampanan program tersebut serta jenis insentif yang akan diberikan kerajaan kepada peniaga yang mengambil bahagian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI