fbpx

Gempa Turkiye: Operasi SAR hampir tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu telah meragut lebih 41,000 nyawa.

PETALING JAYA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi yang tertimbus bawah runtuhan bangunan bakal ditamatkan setelah hampir dua minggu beroperasi.

Menurut laporan media, angka mangsa korban dilaporkan telah melebihi 41,000 orang setakat semalam.

Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer berkata, operasi SAR masih dijalankan di sekitar 40 bangunan membabitkan dua wilayah iaitu Hatay dan Kahramanmaras.

“Kerja-kerja kini tertumpu kepada mengalihkan serpihan, melindungi gelandangan dan penyediaan infrastruktur.

“Jumlah kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb telah meningkat kepada 40,689,” jelasnya.

Katanya, angka kematian dijangka meningkat apabila pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada runtuhan.

Zon gempa dianggarkan mempunyai 13.5 juta orang dan kebanyakan mangsa telah hilang tempat berteduh.

Susulan bencana itu, kerajaan Turkiye bersama organisasi bantuan tempatan dan antarabangsa telah melancarkan usaha bantuan besar-besaran.

Sehubungan itu, pihak berkuasa berusaha menyediakan lebih banyak penginapan sementara termasuk khemah dan kontena.

Ramai mangsa yang terselamat masih ditempatkan di hotel, asrama, gimnasium dan kereta api.

Jelasnya, sebanyak 6,000 kontena telah dipasang manakala kerja-kerja infrastruktur bagi membina 68,000 kontena hampir siap. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI