fbpx

Garis panduan baharu mampu rapatkan jurang pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Getah Antarabangsa 2023 di sini hari ini . - Foto oleh FAIZ ALIF/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal memperkenalkan garis panduan baharu pembangunan industri getah yang dikenali sebagai Malaysia Sustainable Natural Rubber (MSNR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, MSNR diperkenalkan bagi memastikan industri getah akan terus berdaya saing selain diyakini mampu membasmi kemiskinan dalam kalangan pekebun dan peladang.

“Negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh hanya melaksanakan polisi mampan seperti ini dari satu sudut sahaja.

“Tetapi kita akan melaksanakan polisi yang lebih menyeluruh kerana kita juga mahu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan terutamanya dalam kalangan pekebun dan peladang kecil,” katanya pada Persidangan Getah Antarabangsa 2023 (IRC23) anjuran Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB) hari ini.

Tambah beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, garis panduan MSNR ini telah dirangka agar mematuhi perjanjian yang telah dimeterai bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga yakin selain mampu memastikan kemampanan industri komoditi tersebut, melalui MSNR juga dapat berperanan meningkatkan taraf sosial pekebun dan peladang.

“Pekebun kecil kita banyak memberi sumbangan walaupun harga getah kini agak rendah dan tidak stabil.

“Kita harap melalui pendekatan MSNR ini, kita bukan sahaja akan dapat menjaga pendapatan pekebun kecil kita, malah dari sudut sosial mereka juga akan dipelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI