fbpx

EPL: Pep Guardiola salahkan pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY memiliki deretan peluang terbaik, namun sekadar menjaringkan satu gol untuk terikat 1-1 menentang Forest pada aksi kelmarin. – AFP

NOTTINGHAM – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menghamburkan kemarahannya kepada pegawai perlawanan, namun mengakui para pemainnya layak untuk dipersalahkan ekoran keputusan seri 1-1 menentang Nottingham Forest kelmarin.

Guardiola berang apabila pe­ngadil perlawanan, Graham Scott enggan memberikan sepakan penalti ketika Erling Haaland dijatuhkan oleh Joe Worrall dalam kotak penalti menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning ke­rana sikap dan kritikannya itu di tepi padang.

Namun, pengurus kelahiran Sepanyol itu mengakui bahawa kegagalan mereka untuk meraih kemenangan adalah disebabkan para pemainnya gagal untuk ‘membunuh’ perlawanan lebih awal biarpun mendahului perlawanan menerusi Bernardo Silva.

Ketika cuba mencari gol ke­dua, City dikejutkan oleh jari­ngan penyamaan oleh pemain gantian, Chris Wood kira-kira enam minit sebelum perlawanan berakhir sekaligus mereka kehilangan dua mata kepada Forest yang hanya mempunyai satu peluang terbaik sepanjang perlawanan.

“Kami kehilangan mata ke­rana gagal untuk menjaringkan ba­nyak gol dan kami juga sepatutnya bertahan dengan betul untuk mempertahankan satu ja­ringan tersebut.

“Cara kami bermain sangat baik, kami sepatutnya mendahului 3-0 pada babak pertama, tapi kami bolos dengan satu-satunya percubaan tepat mereka.

“Hari ini kami berdepan pasukan yang bertahan dengan sembilan pemain dalam kotak pe­nalti.

“Apa lagi yang saya boleh katakan apabila kami terlepas peluang ketika bola hanya satu meter daripada gawang. Saya tidak mahu katakan apa-apa kepada pemain. Anda pulang dan tidur, kemudian fikir perlawanan berikutnya,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI