fbpx

Bin Zayed penaja utama skuad Sang Kenari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (belakang di tengah) dan Mohd. Daud (belakang, dua dari kanan) bergambar dengan pemain yang memperagakan jersi baharu KDA FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

KESERIUSAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melakukan persiapan untuk menghadapi saingan bola sepak tanah air berjaya menarik perhatian syarikat konglomerat terkemuka Abu Dhabi, Bin Zayed International LLC untuk menjadi penaja utama pasukan tersebut musim ini.

Meskipun enggan mendedahkan jumlah tajaan tersebut, Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar bagaimanapun memaklumkan, nilainya cukup besar dan mampu memberi sokongan padu pada kewangan pasukan.

Begitupun katanya, tajaan itu hadir bersama tanggungjawab cukup besar dengan KDA FC dituntut untuk menampilkan aksi terbaik bagi memberi saingan meyakinkan dalam arena bola sepak tanah air.

“Untuk meyakinkan sebuah syarikat gergasi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memerlukan satu naratif meyakinkan. Mereka sudah lama datang ke Malaysia untuk menjalankan perniagaan maka saya ambil cabaran untuk menawarkan mereka peluang menjadi penaja antarabangsa pertama.

“Antara faktor yang membawa kepada penajaan ini adalah hubungan baik serta persahabatan yang lama. Mereka sudah mengenali saya dan percaya bahawa pasukan ini perlu diuruskan dengan baik sebab ia pada akhirnya akan melibatkan nama mereka selaku penaja utama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Jersi, Lagu Baharu dan Pengumuman Penaja KDA FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Majlis itu turut diserikan dengan perlawanan menggamit memori antara legenda Kedah bersama bekas pemain-pemain Singapura yang berakhir dengan kemenangan buat Legenda Kedah 1-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI