fbpx

Baby Shima berang dituduh jual, tunggang agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS beberapa hari berlalu sejak dia tampil sopan ketika mengadakan persembahan pada majlis sambutan Israk Mikraj, namun Baby Shima masih dihambat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengannya.

PETALING JAYA – Tidak pernah sepi daripada kontroversi, penyanyi sensasi Baby Shima meluahkan rasa berang apabila dituduh menjual agama kerana tampil dengan imej bertudung di sebuah majlis sambutan Israk Mikraj baru-baru ini.

Lebih membuatkan Shima, 31, kesal apabila tuduhan tersebut berserta dengan dakwaan dia menggunakan muzik dangdut sebagai alat untuk menunggang agama.

“Baru tahu bahawa saya menyanyi dangdut selama ini ialah untuk menunggang agama. Rasa-rasanya dangdut tak ada pula tunggang agama. Hebat tuan haji ini.

“Semalam cakap saya menjual agama sebab masa majlis Israk Mikraj muncul dengan imej sopan kemudian tuduh saya tunggang agama kerana dangdut pula,” katanya dalam satu entri Instagram.

Difahamkan, luahan tersebut ditujukan kepada seorang individu sama yang mengecamnya berikutan kontroversi penampilannya pada sebuah majlis Israk Mikraj di Kuantan, Pahang sejak semalam.

Semalam, pelantun lagu Lalai itu turut menyelar tindakan seorang individu dalam Facebook yang mempertikai tindakannya memakai pakaian sopan untuk sebuah majlis keagamaan.

“Sebelum ini bising sebab saya seksi tetapi apabila pakai sopan pun kena juga.

“Memang saya belum menutup aurat lagi tetapi mahu menghormati majlis agama. Saya juga sedar berdosa jika tidak menutup aurat.

“Salahkah saya memakai baju yang sopan? Ramainya pertikaikan mengapa saya menutup aurat pada majlis Israk Mikraj,” ujarnya.

Meskipun ada yang menyelar tindakan individu terbabit, penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu pada masa sama turut dinasihatkan agar menerima teguran dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

“Jangan normalisasikan benda yang salah, terima dengan hati yang terbuka daripada pandangan orang.

“Hendak jadi artis, hati memang kena kental dan tabah ya,” komen netizen.

Terdahulu, pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli itu menuai perhatian ramai apabila muncul dengan imej bertudung dalam sebuah persembahan sempena sambutan Israk Mikraj di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Meskipun berimej sopan, penampilannya itu tetap menerima kritikan ramai kerana ramai yang menegur penyanyi itu hanya pandai menutup aurat ketika memenuhi undangan majlis keagamaan, namun tetap dengan gaya seksi jika mengadakan persembahan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI