fbpx

Vape sumbang peningkatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Pertambahan bilangan penagih di negara ini turut didorong oleh budaya menghisap vape khususnya dalam kalangan golongan muda.

Ini berikutan vape adalah peralatan yang boleh memanaskan bahan-bahan kimia seperti syabu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, kerisauan pihaknya apabila vape turut dijual dalam pelbagai bentuk seperti barang mainan dan menarik perhatian golongan muda dan kanak-kanak.

“Memang ada kes dadah dalam vape ini. Sebab itu bila mereka masuk ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), kita temu bual salah satu cara penggunaan atau pengambilan yang sebabkan mereka ketagih dadah adalah menerusi vape.

“Kebanyakan dadah digunakan adalah jenis sintetik yang diperbuat bahan kimia yang diproses dalam makmal atau luar. Dari situ, ia menjadi bahan psikoaktif yang merosakkan mental khususnya,” katanya ketika ditemui semasa program jerayawara sempena sambutan peringatan Hari AntiDadah tahun 2023, di Pantai Morib, hari ini.

Sehubungan itu, Muhamad Sade menegaskan pihaknya amat prihatin terhadap masalah itu dan telah
mengemukakan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang mengkaji tentang penggunaan vape.

Kosmo! semalam melaporkan penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini telah melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama golongan remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang telah diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI