BALIK PULAU – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dilaporkan maut selepas disyaki menembak diri sendiri di bangunan belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini petang tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sarawak dan berusia 50-an itu sebelum ini bertugas di Balai Polis Batu Maung sebelum berpindah ke Balai Polis Bayan Lepas.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti motif sebenar kematiannya. – KOSMO! ONLINE