fbpx

Sanusi ‘ketaq’ dengan tiga soalan Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di TikTok menunjukkan Muhammad Sanusi kelihatan gugup ketika cuba menjawab soalan Ustaz Azhar dalam sebuah program di Kedah, malam tadi.

PETALING JAYA – Jarang dilihat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor beraksi gugup apabila berdepan dengan sebarang situasi.

Muhammad Sanusi yang terkenal dengan keyakinan dan keberanian ‘menepis’ sebarang isu, berbeza pula reaksinya apabila berdepan dengan tiga soalan daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam satu program di Kedah, malam tadi menerusi TikTok.

“Kita bagi tiga soalan mudah yang menunjukkan kepakaran seorang menteri besar jawab. Pertama soalan budak-budak yang sangat senang dan kedua, senang,” kata Ustaz Azhar.

Soalan-soalan yang disoal Ustaz Azhar ialah, ‘antara pensel dan bateri yang mana lebih bijak’ dan ‘ikan apa yang apabila disebut namanya, akan berhenti berenang’, namun, kedua-dua soalan itu gagal dijawab Muhammad Sanusi sekali gus mengundang tawa penonton berikutan reaksinya yang kelihatan gugup tanpa jawapan.

“Antara pensel dan bateri, bateri lebih bijak sebab pensel dua B (2B), bateri dua A (AA) dan ikan yang berhenti bila sebut namanya ialah ikan ‘pause’ (paus).

“Soalan ketiga ni terlampau senang, kalau tak dapat jawab jadi ‘driver’ (pemandu) saya.

“Penyakit yang akan hilang serta-merta apabila bersembang dengan isteri?,” tanya Ustaz Azhar.

Soalan itu juga gagal dijawab dan sebagai balasan, Menteri Besar itu ‘bangkit’ memberi soalan pedas kepada Azhar, “Kita dari nombor tiga nak pi (pergi) nombor empat, nak buat macam mana Ustaz?.”

“Nak mengata aku? Nanti aku PM tepi,” balas Ustaz Azhar yang dipercayai memiliki tiga isteri dan cuba mengelak sambil mendapat sorakan hangat penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI