fbpx

Sampah cemar jalan utama di Hulu langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan longgokan sampah yang mencemarkan pandangan di sepanjang sebuah jalan di Hulu Langat.

PETALING JAYA – Pihak berkuasa digesa segera bertindak berhubung masalah longgokan sampah dipercayai berlaku di tepi sebuah jalan utama di Hulu Langat.

Ah Ikhwan menerusi perkongsiannya di Twitter, memaparkan video yang mencemarkan pemandangan di sepanjang jalan tersebut ekoran penuh dengan longgokan sampah sarap.

“Kau orang tengok dekat sini berlambak sampah tepi jalan. Ni jalan utama di Hulu Langat yang mana kawasan ni tak boleh buang sampah,” katanya dalam video tersebut.

Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan di mana pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengatasi masalah terbabit.

“Tengok situ ada papan tanda mengatakan dilarang buang sampah. Mana majlis perbandaran, mana tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT)?

“Tengok berapa banyak kereta lalu lalang, ni negeri mana, negeri maju apakah ini? Kita minta pihak berkuasa datang sini dan tengok masalah rakyat ni,” pintanya.

Dalam masa sama, orang ramai turut mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sesuka hati membuang sampah di kawasan tersebut.

“Pembuang sampah secara haram ni patut kena penjara selain saman tinggi. Membazir masa dan sumber kerajaan negeri, merosakkan alam sekitar dan menyusahkan rakyat,” komen Zara.V.

“Sama sahaja, tak kira kalau pengurusan paling hebat di dunia, tapi akhlak penduduk rendah,” kata Khairuddin Karim.

“Ni mentaliti individu yang buang sampah yang teruk. Pasang tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sekejap je dapat kesan,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI