fbpx

Penduduk terserempak beruang matahari, disangka anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haiwan berwarna hitam (dalam bulatan) dipercayai beruang matahari yang muncul di Kampung Jelutong, Malim Nawar, Kampar semalam.

KAMPAR – Seorang lelaki tidak menyangka haiwan berkeliaran yang disangka anjing, rupa-­rupanya beruang matahari.

Kelibat haiwan liar itu dilihat merayau di tepi jalan di Kampung Jelutong, Malim Nawar di sini pada pukul 12.30 tengah malam semalam.

Menurut Mohamad Hanafi Musa, 27, dia terkejut sebaik melihat haiwan itu dengan le­bih jelas di bawah lampu. Be­ruang matahari itu kemudian menghilang ke hutan berhampiran dan gagal dikesan.

“Ketika sedang menunggang motosikal, saya nampak seekor haiwan warna hitam di tepi jalan, ingatkan anjing liar.

“Namun apabila lihat saiz­nya, saya berhentikan motosikal dan cuba perhati betul-betul. Dengan bantuan cahaya lampu, memang haiwan itu beruang matahari,” katanya di sini semalam.

Penemuan haiwan liar itu adalah pertama kali di kampung tersebut dan ia mendatangkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

“Kami sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Penduduk kampung juga akan lebih berhati-hati untuk keluar rumah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak, Yusoff Shariff berkata, ia merupakan aduan kedua diterima dalam tempoh dua minggu.

Katanya, anggota telah dihantar ke lokasi bagi mengesan haiwan itu yang dipercayai ter­sesat dari hutan berhampiran. Orang ramai dinasihat tidak mengambil tindakan sendiri termasuk provokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI