fbpx

Pemandu maut, lori bawa tanah terjunam ketika turun bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahagian depan lori dipandu mangsa selepas terbabas ketika menuruni kawasan cerun bukit di Kampung Seli Bukit Bidang, Selising dekat Pasir Puteh, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya yang dipercayai mengalami masalah brek terbabas sebelum terjunam ketika menuruni kawasan cerun bukit di Kampung Seli Bukit Bidang, Selising di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Zulkornain Mokhtar, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam lori jenis Hino yang dipandunya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, seramai sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.44 pagi.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah lori yang sarat membawa muatan tanah sudah berada di kawasan cerun bukit itu dan pemandunya tersepit pada bahagian tempat duduk.

“Anggota bomba yang terlibat menjalankan kerja-kerja untuk mengeluarkan mangsa.

“Lelaki itu kemudiannya berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian daripada bahagian hadapan lori tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azhar Elmi memberitahu, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Benting Lintang, Terengganu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI