fbpx

Pelajar terlibat vandalisme mungkin pengaruh filem Tamil – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah di sebuah sekolah di Seberang Perai Selatan.

SEBERANG PERAI – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan perbuatan sekumpulan pelajar lelaki yang terlibat dengan aktiviti vandalisme di sekolah mereka baru-baru ini mungkin dipengaruhi aksi-aksi ganas menerusi filem Tamil.

Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow berkata, keganasan yang berlaku telah mengundang rasa malu dan kurang senang dalam kalangan kalangan guru serta pelajar berbeza bangsa.

“Aktiviti vandalisme yang dilakukan kumpulan terbabit tidak mustahil berpunca daripada filem-filem ganas Tamil yang ditayangkan di kaca televisyen.

“Filem Tamil yang ganas telah mengajar pelaku bersikap kurang ajar dan membuatkan mereka lupa bahawa sekolah umpama tempat ibadat yang perlu dihormati,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan hukuman berbentuk khidmat masyarakat diberikan kepada pelaku terbabit supaya dapat memberikan pengajaran dan tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut.

“Tindakan melaporkan kepada pihak polis atau berhenti sekolah hanya akan memusnahkan kemahiran sekali gus memusnahkan masa depan mereka.

“Diharapkan pelaku akan membaiki segala kerosakan yang telah dibuat dan ibu bapa mereka juga perlu bertanggungjawab menggantikan kelengkapan persekolahan yang musnah dalam kejadian terbabit,” ujarnya.

Semalam, tular dua rakaman video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah.

Dalam video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu, kelihatan sekumpulan pelajar merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI