fbpx

Mangsa sindiket tipu pekerjaan dakwa hidup sengsara lebih empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil (kiri) bertanyakan khabar mangsa penipuan kerjaya yang berjaya dibawa pulang di KLIA hari ini.

SEPANG – “Kami hidup sengsara di sana selama empat bulan lebih,” kata salah seorang mangsa penipuan kerja di Thailand sebaik ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pemuda berusia 20-an itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.

“Kadang-kadang tawaran itu bukannya betul. Fikir 10 kali dahulu sebelum menerima tawaran pekerjaan itu dan saya ditawarkan gaji AS$ 1,100 sebulan iaitu kira-kira RM4,800,” katanya.

Pemuda berkenaan merupakan salah seorang daripada lima mangsa berusia 19 hingga 26 tahun yang selamat dibawa pulang ke Malaysia dan tiba di KLIA selepas bertolak dari Bangkok, Thailand hari ini.

Kesemua mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita itu berjaya dibawa pulang ke tanah air hasil usaha dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Luar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan pada sidang akhbar berkata, mangsa lain turut mendakwa didera sekiranya tidak mencapai prestasi ditetapkan.

“Mereka didera termasuk tidak diberi makan dan tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga,” katanya kepada pemberita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI