fbpx

Lembaga Peperiksaan nafi guna suara TikTokers BI SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menafikan menafikan dakwaan penggunaan TikTokers sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang telah dijalankan pada 16 Februari lalu.

LP melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.

“Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin.

Terdahulu, tular di media sosial dimana ribuan calon SPM tertekan apabila audio Ujian Mendengar Kertas 3 Bahasa Inggeris pada Khamis lalu tidak berkualiti dengan sebutan percakapan tidak jelas.

Perkataan Kamal, ‘strawberry’ dan ‘pineapple’ menjadi tular dalam Twitter yang dikatakan menjadi topik Ujian Mendengar Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berlangsung semalam.

Rata-rata calon berkongsi pengalaman mereka keliru berikutan audio didengari dikatakan terlalu laju.

Ada juga pelajar yang menjawab nama buahan-buahan lain seperti ‘apple’ dan ‘banana’ kerana audio tersebut yang dikatakan tidak jelas – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI