fbpx

Kedah paling tinggi penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Kedah menjadi negeri paling tinggi penyalahgunaan dadah di negara ini dengan merekodkan 13,502 pada tahun 2021.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, ini diikuti Johor sebanyak 13,261, Selangor (12,182) , Terengganu (12,033), Kelantan (11,843) dan Pahang (10,551) manakala negeri paling rendah adalah 1,868.

Katanya, secara keseluruhan jumlah penagih dadah adalah seramai 123,139 penagih bagi tahun sama.

“Namun, secara perbandingan terdapat penurunan jumlah penagih sebanyak empat peratus di negara ini dengan tahun 2020 mencatatkan 128,325 individu.

“Pertambahan penyalahgunaan dadah dan penagih dadah serta bahannya adalah di Kedah yang merekodkan 28.4 peratus iaitu sejumlah 13,502 bagi tahun 2021 manakala 2020 (10,518),” katanya pada program jerayawara sempena sambutan peringatan Hari AntiDadah tahun 2023, di Pantai Morib, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI