fbpx

Kanak-kanak lelaki tahan sakit 30 minit kaki tersepit roda motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan kaki kanan seorang kanak-kanak yang tersepit di roda motosikal di Taman Fah Choon, Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit sebelum kakinya yang tersepit pada roda motosikal berjaya dikeluarkan pihak bomba di Taman Fah Choon di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.54 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi pada pukul 11.58 pagi anggota bomba mengesahkan kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki telah tersepit di roda motosikal jenis Demak.

“Anggota bomba melakukan penugasan menyelamat dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dan mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Haslizan, tugas mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit mengambil masa hampir 30 minit dan kanak-kanak lelaki itu turut mengalami kecederaan di bahagian kakinya yang tersepit.

Ujarnya, penugasan menyelamat itu turut dibantu oleh anggota polis dan kanak-kanak berkenaan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI