fbpx

Gadis 22 tahun diberkas selepas buat ‘live’ sambil berbogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis tersebut berbogel di akaun Instagram untuk mengaut wang berjuta-juta rupiah. - Pixabay

BENGKULU – Seorang gadis berusia 22 tahun diberkas polis di wilayah Bengkulu, Indonesia selepas dia melakukan siaran live dalam keadaan berbogel di akaun Instagram, lapor laman berita Suara hari ini.

Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Bengkulu, Anuradi, yang menyatakan gadis berkenaan ditangkap ketika pasukan siber sedang melakukan kawalan dan menemui penstriman secara langsung menerusi media sosialnya.

Dalam pada itu, laman berita Detik Sumut melaporkan, setiap kali penstriman itu diadakan, gadis tersebut menggunakan kostum-kostum mencolok mata dan kegiatan itu dilakukan di sebuah hotel di Kota Bengkulu.

Dia turut mengaku melakukan perbuatan tersebut sejak awal Februari ini.

Sejak melakukan kegiatan tersebut, gadis berkenaan telah mengaut keuntungan berjumlah jutaan rupiah.

Pihak berkuasa merampas beberapa barang bukti, antaranya adalah dua telefon bimbit, akaun Instagram, Kad SIM dan baju yang digunakan untuk aksi tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI