fbpx

EPL: Jim Ratcliffe jadi pembida kedua Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATCLIFFE mengakui bahawa beliau merupakan peminat sejati United dan sangat berharap dapat memiliki kelab berkenaan. – AFP

LONDON – Pemilik syarikat petrokimia Ineos, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan sudah menghantar bidaan rasmi untuk membeli kelab Manchester United selepas ahli perniagaan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani membuat tawaran pertama dipercayai bernilai £4.5 bilion (RM24.02 bilion).

Ratcliffe, 70, sudah melantik JP Morgan dan Goldman Sachs sebagai penasihatnya dalam urusan pembidaan berkenaan bagi memastikan mereka berjaya di­pilih sebagai pemilik baharu kelab tersebut.

Pihak pengurusan kelab ber­kenaan berharap proses penjualan kelab itu akan dapat di­selesaikan pada penghujung Mac sekali gus menyaksikan Ratcliffe dan Sheikh Jassim bersaing se­ngit untuk menjadi pemilik baharu kelab berpengaruh itu.

Jassim merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Qatar, Hamad Al Thani tanpa berselindung mengakui sangat berminat untuk membeli United dan berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan kelab berkenaan.

Bapanya itu juga turut mengetuai Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) sejak 2000 dan memainkan peranan ketika mengambil alih pemilikan Canary Wharf, the Shard, Chelsea Barracks dan Hotel Berkeley and Connaught.

Selain bersedia memberikan dana besar kepada pengurus pasu­kan, Erik Ten Hag untuk menyaingi Manchester City, Liver­pool dan Chelsea, Jassim juga dikatakan berjanji untuk memastikan sistem akademi kelab itu ditambah baik bagi mela­hirkan pemain muda berkualiti.

Sementara itu, Ratcliffe dalam satu temu bual sebelum ini me­ngakui sangat meminati United dan merupakan peminat sejati kelab itu sejak sekian lama.

“Saya merupakan peminat setia United. Saya berada di stadium menyaksikan perlawanan ketika mereka meraih gelaran Liga Juara-Juara pada 1999 di Barcelona. Ia sentiasa segar dalam ingatan dan membuatkan saya bersemangat untuk memiliki pasukan ini,” jelasnya.

Ratcliffe sebelum ini sudah menjadi pemilik kelab Ligue 1 Perancis, Nice selepas membelinya pada harga £91 juta (RM485.75 juta) kira-kira dua tahun selepas membeli pasukan dari Switzerland, FC Lausanne-Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI