fbpx

Cadang bina lagi pusat rehabilitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Hotel Casuarina@Meru di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

IPOH – Kerajaan berhasrat mewujudkan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri lain selepas pusat pemulihan sama dibina di Melaka dan Perak.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, cadangan itu bagaimanapun memerlukan perancangan yang teliti ekoran pembinaannya memerlukan peruntukan besar.

“Memang ada cadangan (bina di Sarawak dan Sabah), malah kita juga ada berbincang dengan Perkeso berkaitan perkara ini.

“Bagaimanapun, kita kena faham, projek ini memerlukan kos yang agak tinggi jadi perancangan lebih strategik perlu dilakukan.

“Memang hasrat saya sendiri pun, kalau boleh setiap negeri ada pusat rehabilitasi seperti ini. Disebabkan ia melibatkan kos terlalu besar, maka ia masih di peringkat perancangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pusat rehabilitasi Perkeso di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Mengulas lawatannya ke tapak projek pusat rehabilitasi di Perak, Sivakumar berkata, kerja-kerja pembinaan pusat itu yang bermula Jun tahun lalu kini berada di fasa pembinaan peringkat kedua atau tahap 11.86 peratus penyiapan.

Menurutnya, pusat bertaraf antarabangsa membabitkan kos pembinaan sebanyak RM654 juta di atas tanah seluas 37 hektar itu dijangka siap pada hujung 2024.

Katanya, pusat itu mampu memuatkan sehingga 700 pesakit pada satu-satu masa dan bertindak sebagai pusat kecemerlangan bagi program  rehabilitasi dan Return To Work (RTW) Perkeso. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI