GOMBAK – Beberapa naskah al-Quran dibuang di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, Selayang.
Menerusi video tular seorang individu, dia merakam anak lelakinya yang berada di dalam longkang bagi mengambil al-Quran yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut lelaki berkenaan, perkara itu disedari oleh dua individu yang berada di kawasan tersebut.
Dalam video sama dilihat seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang berjaya dikeluarkan daripada longkang berkenaan.
Sehubungan itu, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tergamak bertindak sedemikian.
“Tengok la zaman sekarang. Dah nak akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.
“Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.
“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mana, Subhanallah!,” ujarnya sebak. – KOSMO! ONLINE