fbpx

Ada individu ambil kesempatan program RMT – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Antara cabaran terbesar Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah adalah pemantauan terhadap pembekal makanan yang tidak menyediakan produk makanan mengikut spesifikasi.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar melalui hantaran di Facebooknya berkata, walaupun program tersebut merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar B40, namun ada segelintir yang mengambil kesempatan terhadap program tersebut.

“Di sebalik niat yang murni untuk memberi makanan tambahan yang bernutrisi buat murid-murid B40, rupa-rupanya ada segelintir yang mengambil kesempatan selama ini.

“Antara cabaran terbesar program RMT ni adalah pemantauan terhadap pembekal makanan yang tidak menyediakan produk makanan mengikut spesifikasi dan panduan pengurusan RMT yang ditetapkan,” tulisnya.

Tambah Nurul Izzah, segelintir daripada mereka mengurangkan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan demi mengambil keuntungan daripada program dan inisiatif Kerajaan bagi membantu murid-murid B40.

“Walaupun ada antara pembekal makanan yang mematuhi panduan, namun, kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI