fbpx

4 negeri alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap empat negeri pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebook rasminya berkata, ribut petir dijangka di negeri Pahang (Pekan dan Rompin).

Sementara, bagi negeri Sarawak adalah sekitar Kuching (Kuching), Serian (Serian) dan Samarahan.

Katanya lagi, hujan lebat turut dijangka di Sabah, Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Seterusnya, cuaca buruk berkenaan diramal di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI