fbpx

31 kedai makan, kafe di Kelantan tawar Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tengah) bersama Norhazelizan (kiri) menunjukkan hidangan Menu Rahmah yang ditawarkan di Ayang Cafe, Kota Bharu, hari ini. - Foto ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Sebanyak 31 buah premis menjual makanan termasuk kafe di Kelantan terlibat dalam program Menu Rahmah sejak kempen itu diperkenalkan pada 31 Januari lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, kedai makan dan kafe di daerah Kota Bharu merekodkan penglibatan paling banyak dalam menawarkan Menu Rahmah iaitu sebanyak 21 buah premis.

“Selain itu, tiga premis di Pasir Mas, Tanah Merah (tiga premis), Gua Musang (dua premis) dan masing-masing sebuah di Tumpat dan Jeli yang menyahut inisiatif kerajaan menerusi menu tersebut.

“KPDN Kelantan tidak meletakkan sebarang sasaran bilangan premis yang menawarkan Menu Rahmah, namun berharap lebih ramai peniaga makanan termasuk pemilik kafe terlibat dalam kempen itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memperkenalkan Menu Rahmah di sebuah kedai makan popular, Ayang Cafe di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, setakat ini, pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada peniaga mengenai konsep makanan menerusi Menu Rahmah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI