fbpx

Yuna Rahim kini bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON drama Sweet Dream, Yuna Rahim kini bergelar isteri kepada Muhamad Nurakmal.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Yuna Rahim selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati iaitu Muhammad Nurakmal Ayub dalam sebuah majlis di Hotel Royale Chulan, Damansara hari ini.

Dalam majlis serba sederhana tersebut, pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Rahim Awang dan bersaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd. Samad.

Yuna atau nama penuhnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada Nurakmal, 27, berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak pengantin lelaki.

Berkongsi perasaan gembira, pelakon drama Sweet Dream itu mula berkenalan dengan suaminya pada pertengahan tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan sekitar September 2022.

“Kami kenal kurang daripada setahun, sebulan berkawan terus tunang selama enam bulan dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Walaupun tempoh perkenalan singkat, saya bersyukur majlis pernikahan hari ini berjalan lancar manakala mengadakan majlis resepsi pula bakal diadakan selepas sambutan Aidilfitri nanti,” katanya.

Mengenai bulan madu, dia dan suami masih belum mempunyai perancangan dan mungkin akan memilih Sabah sebagai destinasi pilihan.

“Kami masih tiada perancangan untuk bulan madu, sebab kami nak tengok jadual terlebih dahulu kerana risau kalau suami atau saya masih ada kerja yang harus diselesaikan.

“Selain itu, kami juga mahu kukuhkan ekonomi terlebih dahulu tetapi jika ada rezeki lebih, insya-Allah akan ke beberapa lokasi menarik dalam negara seperti di Sabah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI