fbpx

Wanita maut kereta bertembung lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 152.2 Jalan Kuantan-Seremban di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 152.2 Jalan Kuantan-Seremban di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, Rosnah Saadon,56, yang memandu kenderaan dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke arah Seremban.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa yang menuruni bukit telah terbabas masuk ke lorong bertentangan dan melanggar sebuah lori tangki dari arah bertentangan dan menyebabkan kepala lori tangki terbakar sejurus kejadian.

“Akibat kemalangan pemandu kereta jenis Proton Persona itu meninggal dunia manakaka dua penumpang mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini

Tambahnya meskipun kepala lori tangki mengalami kebakaran namun pemandu lori berkenaan sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus berbukit dan semasa kejadian cuaca baik serta jalan adalah kering dan terang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI