fbpx

Stacy diserang ‘anxiety’ menjelang konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Stacy terpaksa berpantang daripada mengambil makanan pedas menjelang konsert sulungnya yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Stacy, 33, berkata, dia baru menyedari makanan pedas sebenarnya boleh menyebabkan dirinya diserang kegelisahan melampau (anxiety).

Selain keresahan, penyanyi asal Penampang, Sabah itu turut mempunyai masalah pedih ulu hati (gerd) yang diwarisi daripada bapanya.

“Menjelang hari konsert, saya mengelak daripada makan makanan pedas. Saya baru sedar sebenarnya makan makanan pedas itu boleh membuatkan saya ‘anxiety’.

“Malah penata gaya saya turut memberi beberapa saranan termasuk mengelak untuk makan makanan pedas. Baru saya sedar pekerjaan saya memerlukan disiplin yang tinggi,” ujarnya.

Pelantun Pelangi Senja itu menambah, setiap kali diserang anxiety, dirinya akan menggigil selain jantungnya akan berdegup dengan laju sehingga menyebabkan dia hilang fokus.

Namun dengan bantuan orang sekeliling, Stacy mampu menanganinya dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

“Setiap kali berkongsi dengan Akim (suami), dia akan meminta saya untuk bertenang dan jangan terlalu memikirkan perasaan tersebut.

“Ahli keluarga juga akan menegah saya untuk duduk bersendirian, sebaliknya menyibukkan diri dengan melakukan aktiviti lain,” katanya.

Dalam perkongsian lain, bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), turut mendedahkan dia sebenarnya mula mengalami serangan anxiety sejak dibangku sekolah menengah lagi.

“Ketika itu saya tidak tahu masalah yang dialami ini disebabkan oleh serangan anxiety. Sebaliknya saya ingatkan saya ada ‘superpower’. Sekarang barulah saya tahu selepas ada kesedaran tentang perkara itu,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran single baharu berjudul Teriak di sini, hari ini.

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu, setiap kali serangan paniknya datang, dia akan mengalami muntah-muntah, selain tangannya menggeletar tanpa sebab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI