KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menakan seorang anggota polis berpangkat sarjan bagi membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah RM7,000.
Suspek yang berusia 33 tahun itu disyaki menggunakan kedudukannya sebagai anggota polis di bahagian narkotik sebagai dorongan melepaskan suspek yang disyaki melakukan kesalahan memiliki air ketum.
Anggota polis berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang di sini kira-kira pukul 11.45 malam.
Suspek dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 24 Februari ini yang dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan penahanan itu dan berkata, individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE