fbpx

Sheikh Qatar mahu beli Manchester United, bidaan lebih RM26 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Manchester United kemungkinan menjadi milik Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani sepenuhnya apabila dia membida untuk membelinya. - Foto AFP

LONDON  – Pelabur Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad  Al Thani mengesahkan percubaan untuk membeli kelab bola sepak terkenal, Manchester United (MU) sepenuhnya, lapor portal berita MailOnline semalam 

Harga bidaan untuk kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu boleh mencecah AS$6 bilion (RM26.69 bilion), demikian menurut beberapa laporan.

Beliau membuat percubaan itu sebelum tarikh tutup bidaan berakhir pada pukul 10 malam (waktu tempatan). 

Sheikh Hamad merupakan peminat tegar kelab tersebut. Beliau yang juga Pengerusi QIB iaitu  salah sebuah  bank terkemuka di Qatar, berharap dapat mengembalikan  MU kepada zaman kegemilangannya. 

Sebelum ini, keluarga Glazer yang memiliki MU mahu menjual kelab tersebut pada harga sekurang-kurangnya  AS$6 bilion. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI