fbpx

Sekolah panggil pelajar terlibat vandalisme – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa orang pelajar merosakkan kerusi dan kipas siling di sebuah bilik darjah sebagai tanda ‘meraikan’ hari terakhir persekolahan.

SEBERANG PERAI – Pihak sekolah sudahpun memanggil sekumpulan pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) SPS mengambil maklum berhubung isu terbabit dan tindakan daripada pihak sekolah adalah memanggil para pelajar termasuk ibu bapa mereka bagi membantu siasatan.

“Barangkali bimbingan serta kaunseling juga perlu diberikan kerana berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku. Apatah lagi dalam keadaan kita yang memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan di sekolah.

“Justeru, bimbingan dan kaunseling perlu diberikan kepada anak-anak ini bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Bantuan Awal Persekolahan Kadun Jawi 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nibong Tebal, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai trend vandalisme berlaku sebelum bermulanya cuti sekolah, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, ini bukanlah budaya dan siasatan dibuat bagi mencari penyebab insiden berkenaan.

“Saya tak fikir itu (vandalisme) budaya, saya fikir ada perkara lain yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan tersebut tapi kita akan siasat. Seharusnya ia tidak wajar pun menjadi budaya pada mana-mana sekolah,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua rakaman video di media sosial yang memaparkan tindakan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI