fbpx

Pengantin perempuan minta kain kafan sebagai mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi acara ijab kabul sepasang pengantin di Lombok. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario ijab kabul sepasang pengantin di Lombok yang menjadikan kain kafan sebagai mas kahwin, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @panggilaku_panda. 

Berdasarkan rakaman, pengantin lelaki didengari menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan dan wang tunai berjumlah 2.58 juta rupiah (RM753). 

“Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin 2.58 juta rupiah dibayar tunai,” ucap kadi.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen yang mempersoalkan pemilihan mahar dan lokasi perkahwinan itu.

Menjawab pertanyaan netizen, pengguna akaun tersebut berkata: “Sudah ditawarkan mas kahwin lain oleh suami tetapi si isteri tidak mahu,” katanya.

Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun tersebut, Febriana Dwi Sulastri yang menjelaskan bahawa pengantin itu adalah ibu saudaranya.

“Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal memisahkan,” kata Febriana yang menetap di Mataram, Lombok.

Jelas Febriana, majlis pernikahan itu berlangsung pada 18 Januari 2023 dengan berkonsepkan adat suku Sasak. 

“Semua keluarga terkejut, ramai yang melarang sampai orang tuannya tidak setuju, tapi si pengantin wanita tetap mau mahar itu,” tambahnya. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI