fbpx

Papuh setuju harga lantai pakej umrah ekonomi bermula RM7,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Umat Islam negara ini yang ingin menunaikan ibadah umrah dengan kos paling rendah perlu bersedia membayar sekurang-kurangnya RM7,800 bagi setiap individu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat meletakkan harga lantai tersebut untuk pakej ekonomi.

“Bagi bakal jemaah umrah yang memilih pakej premium atau turut disebut sebagai VIP, harga lantainya ditetapkan bermula daripada RM14,000.

“Kami berharap agar bakal jemaah umrah dapat memahami situasi berlaku sekarang yang mengakibatkan berlakunya kenaikan harga drastik,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Jelasnya, Papuh turut menyarankan supaya bakal jemaah lebih berhati-hati dalam memilih pakej umrah jika harga ditawarkan tidak munasabah bagi mengelakkan sebarang penipuan.

“Kami telah bersepakat mengenai kenaikan harga tiket penerbangan dan hotel penginapan di kota suci Mekah dan Madinah yang melonjak sejak akhir tahun lepas lagi.

“Antara faktor yang dikenal pasti antaranya disebabkan permintaan bagi ibadah umrah yang semakin tinggi daripada bakal jemaah seluruh dunia ekoran pasca pandemik Covid-19,” jelasnya.

Ketika ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang mengawal selia urusan agensi ibadah umrah tempatan menetapkan kos paling minimum pada kadar RM6,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI