fbpx

Mangsa nahas motosikal berkuasa tinggi seorang doktor gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa kemalangan maut di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.-IHSAN PDRM

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan Dr. Zalina Mustafa mengucapkan takziah kepada kakitangan kementerian itu yang maut bersama suami dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Perak semalam.

Zalina dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata, beliau mengesahkan mangsa ialah Dr. Azura Abdullah merupakan seorang pegawai pergigian di Daerah Lembah Pantai dan anggota Persatuan Pakar Kesihatan Awam Pergigian Malayasia (Madphs).

“Saya menerima satu khabar duka bahawa Dr. Azura Abdullah, iaitu seorang Pegawai Pergigian di Daerah Lembah Pantai, juga merupakan Madphs serta suaminya telah ditimpa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Tapah ke Gopeng, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Mari bersama mendoakan kedua-dua jenazah pasangan tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa, Mohd. Rizal Othman, 48, dan isteri, Azura, 48, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas tersebut membabitkan motosikal jenis BMW R1200 GS Adventure ditunggang mangsa dan kereta Perodua Bezza dipandu wanita berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI