fbpx

Jangan pandang remeh isu pekerja burnout

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
MARLIA ZAKARIA,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Gejala burnout atau lesu upaya sering dikaitkan dengan keletihan emosi, mental dan fizikal di tempat kerja. Selain faktor persekitaran yang negatif, beban tugas yang tidak realistik turut menjadi penyumbang terbesar pada keadaan ini.

Keadaan sama yang pernah penulis lapor sebelum ini tentang isu penghijrahan doktor muda ke luar negara antaranya disebabkan tekanan emosi, psikologi dan faktor persekitaran negatif.

Ada antara mereka berani membuat pengakuan burnout menjadi punca utama untuk berhijrah bagi mengejar peluang kerjaya yang lebih luas dan berbaloi, namun kesannya negara dan kebanyakan hospital kekurangan tenaga kerja mahir.

Bercerita tentang masalah itu, baru-baru ini penulis dihubu­ngi rakan baik yang merupakan pekerja berdedikasi, namun tewas disebabkan burnout.

Bebanan kerja yang semakin bertambah dan melakukan kerja di luar bidang tugas antara punca lesu upaya.

Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, burnout merupakan sindrom psikologi berkait rapat de­ngan emosi, mental dan keletihan fizikal melampau disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan.

“Beban kerja terlalu banyak dengan gaji terlalu rendah dan masa rehat terhad antara pencetus burnout. Selain itu, bekerja dalam persekitaran ‘terbiar’ berserta konflik, tiada tolak-ansur, diskriminasi atau ‘favoritism’ di tempat kerja juga boleh menjadi penyumbang,” katanya.

Siti Fatimah memberitahu, majikan, keluarga dan orang di sekeliling memainkan peranan penting bagi mengekang keadaan ini daripada berterusan. Pihak atasan perlu mendengar luahan pekerja masing-masing.

“Paling penting, dengar de­ngan berkesan untuk fahami, bukan hukum dengan nilai peribadi yang berbeza dengan situasi sebenar mereka. Peka dengan perubahan pekerja dari segi personaliti, motivasi, disiplin diri.

“Dekatkan diri dengan mereka agar menjadi sumber rujukan yang diyakini boleh dipercayai serta menjaga sensitiviti me­reka,” ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, majikan perlu membantu me­reka memahami isu yang dialami dan ambil tindakan segera.

“Punca keletihan emosi berbeza bagi setiap individu. Jadi majikan perlu lebih tegas dalam menilai dan menjadi contoh serta­ ikutan kepada pekerja.

“Perlu ada perancangan awal dan strategik serta berikan ganjaran setimpal dengan setiap pekerjaan yang dilakukan,” jelasnya.

Antara penyelesaian lain, Siti Fatimah menjelaskan, beberapa tabiat dalam kehidupan harian juga perlu diubah untuk penyelesaian yang lebih baik.

“Perkara utama yang perlu dilakukan adalah ubah beberapa tabiat dalam kehidupan dan mulakan dengan bersenam selain dapatkan rehat atau tidur yang cukup.

“Ia disebut sebagai rehat fizikal bagi mengurangkan ke­tegangan emosi serta fizikal dan sebarang jenis aktiviti fizikal akan menghasilkan endorfin, bahan kimia dalam otak yang mendorong perubahan emosi yang lebih positif,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI