fbpx

Hun Haqeem akui sudah lama ‘crush’ Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN teruja bakal bergandingan dengan Daiyan dalam sebuah drama kelak.

KUALA LUMPUR – Aktor Hun Haqeem mengakui sudah lama meminati pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha yang disifatkan sebagai aktres berbakat besar.

Menurut Hun atau nama penuhnya, Haqeem Hermy, perasaan minat itu wujud pada awal kemunculannya sebagai anak seni sekitar tahun 2018.

“Saya masih ingat pada awal kerjaya, memang pernah cakap meminati Daiyan tetapi itu semua cerita lama.

“Hari ini, kami menjadi kawan seindustri dan bakal muncul dalam sebuah drama bersama nanti,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Katanya, berpeluang bergandingan sebagai hero dan heroin dalam sebuah drama kelak memang satu impiannya sejak dahulu.

“Jadi, itulah keindahannya, dulu minat dan sekarang berlakon dalam satu drama bersama.

“Saya memang sangat teruja ditambah pula dia seorang pelakon yang hebat,” jelasnya.

Difahamkan, Hun dan Daiyan bakal muncul dalam sebuah naskhah terbitan Viu yang merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan iaitu W: Two Worlds

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Hun membuka rahsia bahawa Daiyan merupakan pelakon wanita yang diminati bintang drama Kampung People itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI