fbpx

Guna fasiliti kesihatan elak kesesakan Hospital Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOSPITAL Cyberjaya.

SHAH ALAM – Orang ramai diminta menggunakan fasiliti kesihatan berdekatan bagi rawatan kes biasa sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Cyberjaya.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular berkaitan penolakan pesakit di hospital tersebut.

Jelas beliau, Hospital Cyberjaya mula beroperasi secara berperingkat pada 11 November tahun lalu dengan perkhidmatan kecemasan, obstetrik, ginekologi, pediatrik dan perubatan am.

“Sehingga kini, ia beroperasi dengan tambahan beberapa perkhidmatan lain seperti pembedahan am, patologi, radiologi dan anestesiologi.

“Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan menerusi Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan namun keutamaan kepada kes kecemasan atau kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sha’ari, pihaknya memohon kerjasama orang ramai mendapatkan rawatan bukan kecemasan di fasiliti kesihatan berdekatan bagi mengurangkan kesesakan.

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan pembinaan tiga buah hospital awam di Selangor bakal mengatasi masalah kesesakan pesakit di fasiliti awam itu untuk jangka masa panjang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Hospital Cyberjaya akan siap sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu lagi selain membina sebuah hospital di Kapar dan Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI