fbpx

Gubal dasar elak pelajar praktikal jadi buruh kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris Idaham.

GEORGE TOWN – Kerajaan digesa menggubal satu undang-undang khas bagi mewajibkan majikan membayar elaun kepada para pelajar yang menjalani latihan praktikal ketika ini.

Exco Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, libat urus antara pihak kerajaan dan pemegang taruh harus dilaksanakan dengan secepat mungkin agar satu kata putus dapat dicapai.

Menurutnya, Armada Bersatu berpendapat, anak muda tidak boleh dijadikan sebagai buruh kasar di negara sendiri hanya kerana tidak diberikan elaun yang sepatutnya.

Beliau berkata, seperti pekerja lain, pelajar yang menjalani latihan praktikal juga perlu membiayai kos untuk hadir ke pejabat dan sebagainya.

“Dalam hal ini, syarikat swasta sebenarnya mengutip untung hasil daripada tenaga kerja termasuk pelajar ‘internship’ (praktikal).

“Syarikat juga telah menjimatkan satu amaun yang signifikan dengan mengambil pelajar ‘internship’ ini untuk berkhidmat. Justeru, wajar untuk kerajaan mewajibkan satu elaun minima diberikan (kepada mereka),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) sebelum ini menolak cadangan untuk mewajibkan pemberian elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta sebaliknya memohon kerajaan mempertimbangan lebih banyak insentif kepada majikan bagi mengambil lebih ramai pelatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI